10 March 2016

Mahathir Mahu Pembangkang Lupakan Dosa-dosanya Yang Lalu


Tun Dr Mahathir Mohamad yang terdesak mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga menubuhkan gerakan Deklarasi Rakyat, menggesa semua pemimpin pembangkang supaya melupakan dosa-dosanya yang lalu.

Ini kerana Mahathir tidak mempunyai cara lain untuk menumbangkang Najib sebagai Perdana Menteri, melainkan mendapat sokongan daripada pemimpin pembangkang.

Mahathir berkata, beliau sedar selama ini dirinya banyak melakukan dosa terhadap pemimpin pembangkang terutamanya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun beliau memohon agar semua pemimpin pembangkang memaafkan dosanya itu.

Tambah Mahathir, beliau faham memang agak berat buat seorang pemimpin pembangkang memaafkan dosa yang pernah dilakukannya, tetapi ini adalah satu-satunya cara untuk menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Amat sukar bagi mereka dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima, bahawa mereka yang menandatangani deklarasi menolak Najib berbuat demikian bukan sebagai ahli parti, tetapi sebagai rakyat Malaysia.

“Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka (pembangkang) perlu bertindak sebagai rakyat dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

“Kesederan inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan buat sementara. Mengutamakan parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekalkan rejim Najib,” kata Mahathir.

Bila Mahathir memohon kepada pembangkang supaya memaafkan dosanya, Andy rasa ingin tahu pula... Adakah pembangkang sedia memaafkan Mahathir dan merelakan dosa yang dilakukan Mahathir dahulu??

Seandainya pembangkang dapat memaafkan dosa-dosa besar yang pernah dilakukan Mahathir, jelas menunjukkan pembangkang memang pemimpin BODOH kerana senang terpedaya dengan tipu helah mamak kerala itu!! 


UltraNews: http://www.utaranews.com/2016/03/mahathir-mahu-pembangkang-lupakan-dosa.html

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Artikel. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress