Iklim politik negeri Sarawak sejak akhir-akhir ini semakin bertukar menjadi "panas" berikutan hampir kesemua jentera parti politik negeri ini sedang bekerja keras merangka strategi terbaik bagi menguasai Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada bulan hadapan.
Baik kerajaan, mahupun pembangkang, masing-masing sedang berkira-kira untuk melaksanakan strategi terbaik untuk memenangkan calon-calon mereka. Perkara ini turut tidak terkecuali bagi salah satu parti komponen terpenting didalam Pakatan Harapan, DAP.
Terdapat sumber dalaman DAP memberitahu, parti berkenaan sedang begitu giat merencana strategi paling ampuh untuk menawan negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri nanti. Menurut sumber berkenaan, mereka bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai modul kepada mereka untuk memerintah negeri Sarawak kelak.
Dalam pada itu, timbul satu persoalan, siapakah yang akan mengetuai kerajaan Sarawak kelak andai Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri ini kelak? Adakah beliau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Baru Bian atau dari DAP yang diketuai oleh Chong Chieng Jen?
Dari beberapa sumber dalaman Pakatan Harapan di Sarawak, majoriti daripada mereka menyokong Chong sebagai Ketua Menteri andai Pakatan Harapan berjaya menawan Sarawak. Ini kerana, menurut kebanyakan pemimpin pembangkang, Chong jauh lebih berkarisma dan berintergriti jika dibandingkan dengan Baru Bian.
Menurut beberapa orang pemimpin yang ditemui, mereka mendakwa, Baru Bian tidak lebih dari sekadar memperjuangkan pembebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memikirkan masa depan rakyat Sarawak.
Lain pula dengan Chong yang mereka anggap sebagai orang yang sentiasa kehadapan dalam menjaga kepentingan rakyat Sarawak. Malah, Chong juga tahu mempergunakan orang bawahannya yang majoritinya dari kaum bumiputera untuk bekerja dan memujuk undi kepada calon-calon yang dipilih olehnya.
Nyata sekali, perebutan kerusi Ketua Menteri di kalangan pemimpin Pakatan Harapan di Sarawak andai berjaya memenangi Pilihan Raya itu nanti juga mencetuskan polemiknya yang tersendiri. Jika benar seperti didakwa oleh beberapa pihak terhadap kredibiliti Baru Bian, beliau wajar untuk menjawab semula semua pertuduhan yang dilemparkan oleh rakan parti sekutu PKR di Sarawak.
Jika tidak, pastinya Baru Bian akan lebih tertekan apabila tiba masa hari berkempen dan pengundian kelak. Sangat jelas, DAP tidak main-main dalam perkara ini kerana bagi DAP termasuk Chong sendiri, mereka menganggap, kejayaan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri itu nanti, banyak dipengaruhi oleh mereka, bukan Baru Bian dan PKR.
--Sarawakiana 21/03/2016
21 March 2016
Chong Chieng Jen Bakal Ketua Menteri Sarawak
Posted by Unknown on 8:30 PM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.