13 March 2016



Dakwaan seorang pemimpin PKR yang mengatakan pemimpin Dayak dari Barisan Nasional (BN) rela diperkudakan, ibarat meludah ke langit. 

Abun Sui Anyit membuat tomahan demikian terhadap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Alfred Jabu yang menyatakan sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Kasihan betul pemimpin Dayak jadi Pak Sanggup. Rela diperkudakan untuk buat statement yang kontroversi dan boleh memakan diri,” kata Abun menerusi akaun Facebooknya

Abun mungkin lupa dalam negara demokrasi seperti Malaysia kita bebas menyokong mana-mana pihak tanpa ada sebarang paksaan atau halangan, Abun juga bebas berpolitik atas dasar demokrasi yang diamalkan kerajaan BN selama ini.

Sekiranya Alfred Jabu tidak mempersoal mengapa Abun diperkudakan oleh Anwar untuk memperjuangkan agenda politiknya, Jadi mengapa perlunya Abun mempersoal Jabu kerana menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

Selain itu, Abun turut mempersoal mengapa Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan tidak berani mengulangi sokongannya terhadap Najib.

“Kenapa Adenan sendiri tidak berani mengulangi "sokongannya" terhadap Najib di saat Mahathir, Muhyidin dan Shafie Afdal dan ramai pemimpin akar umbi UMNO sedang menolak Najib?” soal Abun yang dilaporkan akan bertanding di DUN Murum, mewakili PKR, sebuah parti dari Malaya.

Barangkali terlalu ghairah untuk berpolitik, Abun terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa Adenan tidak ada masalah untuk menyatakan sokongan terhadap PM Najib, dan mengulangi sokongan tersebut berkali-kali.

Adenan dengan lantang pernah menjawab cabaran pihak pembangkang untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

“Saya memberi jaminan kalau Najib didapati bersalah dalam skandal 1MDB, saya akan mempertimbangkan semula sokongan dan taat setia kepadanya tetapi selagi beliau (Najib) belum didapati bersalah sokongan itu kekal.

“Ketika ini beliau adalah pengerusi BN dan Perdana Menteri, belum dibuktikan bersalah, maka saya dan BN Negeri harus memberi sokongan dan taat setiap kepadanya,” tegas Adenan ketika ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Desember lalu.

Apakah Abun mampu tidak memahami kenyataan seperti itu?

Sebenarnya yang paling mengelirukan bila orang seperti Abun sanggup menyokong dan berjuang demi agenda individu yang telah pun didapati bersalah oleh mahkamah.

Samada Abun mahu diperkuda Anwar, atau Jabu diperkuda Najib semua itu pilihan masing-masing dalam negara demokrasi. –  Iskandar Marzuki

Dipetik Dari : Sarawakiana

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Artikel. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress