.

.

21 March 2016

Chong Chieng Jen Bakal Ketua Menteri Sarawak

Iklim politik negeri Sarawak sejak akhir-akhir ini semakin bertukar menjadi "panas" berikutan hampir kesemua jentera parti politik negeri ini sedang bekerja keras merangka strategi terbaik bagi menguasai Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada bulan hadapan.

Baik kerajaan, mahupun pembangkang, masing-masing sedang berkira-kira untuk melaksanakan strategi terbaik untuk memenangkan calon-calon mereka. Perkara ini turut tidak terkecuali bagi salah satu parti komponen terpenting didalam Pakatan Harapan, DAP.

Terdapat sumber dalaman DAP memberitahu, parti berkenaan sedang begitu giat merencana strategi paling ampuh untuk menawan negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri nanti. Menurut sumber berkenaan, mereka bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai modul kepada mereka untuk memerintah negeri Sarawak kelak.

Dalam pada itu, timbul satu persoalan, siapakah yang akan mengetuai kerajaan Sarawak kelak andai Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri ini kelak? Adakah beliau dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Baru Bian atau dari DAP yang diketuai oleh Chong Chieng Jen?

Dari beberapa sumber dalaman Pakatan Harapan di Sarawak, majoriti daripada mereka menyokong Chong sebagai Ketua Menteri andai Pakatan Harapan berjaya menawan Sarawak. Ini kerana, menurut kebanyakan pemimpin pembangkang, Chong jauh lebih berkarisma dan berintergriti jika dibandingkan dengan Baru Bian.

Menurut beberapa orang pemimpin yang ditemui, mereka mendakwa, Baru Bian tidak lebih dari sekadar memperjuangkan pembebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memikirkan masa depan rakyat Sarawak. 

Lain pula dengan Chong yang mereka anggap sebagai orang yang sentiasa kehadapan dalam menjaga kepentingan rakyat Sarawak. Malah, Chong juga tahu mempergunakan orang bawahannya yang majoritinya dari kaum bumiputera untuk bekerja dan memujuk undi kepada calon-calon yang dipilih olehnya.

Nyata sekali, perebutan kerusi Ketua Menteri di kalangan pemimpin Pakatan Harapan di Sarawak andai berjaya memenangi Pilihan Raya itu nanti juga mencetuskan polemiknya yang tersendiri. Jika benar seperti didakwa oleh beberapa pihak terhadap kredibiliti Baru Bian, beliau wajar untuk menjawab semula semua pertuduhan yang dilemparkan oleh rakan parti sekutu PKR di Sarawak.

Jika tidak, pastinya Baru Bian akan lebih tertekan apabila tiba masa hari berkempen dan pengundian kelak. Sangat jelas, DAP tidak main-main dalam perkara ini kerana bagi DAP termasuk Chong sendiri, mereka menganggap, kejayaan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri itu nanti, banyak dipengaruhi oleh mereka, bukan Baru Bian dan PKR.

 --Sarawakiana 21/03/2016 


19 March 2016

KES KHIR TOYO SEBAB KAN RAMAI YAKIN GUAN ENG PASTI KEDALAM

Orang kata hanya miracle sahaja yang mampu selamatkan Guan Eng.
Jika tidak kerana “miracle” tentu ada bantuan sulit atau tangan ghaib dari pihak tertentu yang akan tampil mencacatkan kes.
Rupa nya kes rasuah Khir Toyo bukan nya rasuah dalam terma di faham ramai.
Rasuah Khir Toyo ada lah membeli rumah seperti kata Guan Eng “kahwin suka sama suka”.
Jadi semua petunjuk dan jawapan yang sebab kan Khir Toyo dipenjara sudah ada pada Guan Eng, malah jawapan Guan Eng lebih teruk.
Di tambah lagi GE ada kaitan perniagaan dengan yang memberi sewa dan menjual, ini menambahkan lagi kekuatan kes untuk sabitan.
Bak kata orang terlalu obvious dan jelas, rupa nya ada hikmah pada kes Khir Toyo,sesiapa yang cuba membela untuk Guan Eng harus ada jawapan lebih konkrit.
Guan Eng mahu berhadapan satu sama satu dengan Shabuddin, tapi ramai menasihatkan Shahbuddin jangan melayan kerana macam ada sesuatu apabila berjumpa nanti.
Bahkan ramai berkata Guan Eng tidak risau dengan SPRM tapi lebih risau dengan Shabuddin, ini menambah kan kerisauan orang ramai seolah olah dengan Shahbudin lah GE harus setelkan, bukan nya SPRM.
Apa pun kes sangat berat kerana menyerupai kes Khir Toyo malah lebih dari itu.
Kini semua tertumpu kepada siasatan SPRM dan penghakiman.

CADANGAN UNTUK HARAMKAN PENGGUNAAN TOPI KELEDAR PENUH

JENAYAH rompak, ragut dan curi dilakukan dengan pelbagai cara, dan topi keledar bertutup muka penuh antara tools yang kian popular dalam kalangan penjenayah ketika ini. Masakan tidak, penggunaan topi keledar itu mampu ‘menyelamatkan’ penjenayah daripada dikenal pasti identiti mereka semasa proses pengecaman suspek oleh orang awam.
Justeru tidak hairan mengapa penggunaan topi keledar bertutup muka penuh semakin menjadi pilihan penjenayah. Baru-baru ini, dua penjenayah dipercayai lelaki merompak sebuah restoran makanan segera di Nilai, Negeri Sembilan menggunakan topi keledar bertutup penuh dan pisau pemotong daging.
Dalam kejadian lain di Kuala Selangor pula, dua mesin pengeluaran wang tunai automatik (ATM) telah dilarikan sekumpulan penjenayah menggunakan sebuah jengkaut di Bestari Jaya. Dilaporkan mereka turut memakai topi keledar bertutup muka penuh.
Dua tahun lepas, dua biarawati telah diserang tanpa belas kasihan oleh seorang penjenayah menggunakan topi keledar bertutup muka penuh di pekarangan Gereja Visitation, Seremban, Negeri Sembilan. Salah seorang mangsa meninggal dunia di Hospital Seremban setelah dilaporkan koma selepas kejadian.
Pada hemat saya, pengharaman penggunaan topi keledar bertutup penuh harus dilakukan dan langkah sama juga dikenakan terhadap penjualannya kepada orang ramai di negara ini. Mungkin sebahagian daripada masyarakat kita boleh menyangkal bahawa langkah pengharaman itu dapat menyelesaikan kejadian jenayah yang semakin meningkat.
Bagi saya, setidak-tidaknya langkah dianggap renyah dan kecil itu dapat dijadikan permulaan awal bagi menangani kes-kes jenayah di negara ini. Masakan kita sanggup membiarkan penjenayah berleluasa meragut, mencuri, merompak dan menyamun terlepas begitu sahaja.
Masyarakat harus melihat langkah pengharaman itu dari sudut positif iaitu dapat menjaga kepentingan bersama.
Janganlah terlalu yakin dan beranggapan jenayah tidak akan berlaku kepada diri sendiri mahupun orang yang disayangi. Hakikatnya, semua orang terdedah kepada jenayah, hanya jika tiada langkah-langkah pencegahan dilakukan.
Jenayah semakin meningkat berikutan kegawatan ekonomi yang menekan orang ramai, justeru semua pihak perlu berganding bahu menjaga keselamatan diri, masyarakat dan negara. Langkah-langkah keselamatan harus bermula sejurus keluar dari rumah, dan paling penting elakkan diri kita daripada menjadi tarikan penjenayah.

18 March 2016

Salah Didik Mukhriz, ‘Legasi Mahathir’ Hanya Angan-Angan - Raja Petra

[BAHAGIAN TIGA] RPK atau  Raja Petra Kamarudin hari ini kembali membongkar kesungguhan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri bagi menyambung ‘dinasti’ yang cuba dibinanya, namun dek kerana salah asuhan, harapan itu akhirnya semakin malap.  
Blogger terkenal itu, dalam tulisan di portal Malaysia Today hari ini menyingkap kembali sejarah lalu apabila seluruh negara mengkritik Tengku Razaleigh Hamzah dan mendakwa beliau berlagak seperti seorang anak raja, meskipun pada hakikatnya ia tidak dapat dinafikan, dan begitu juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman juga merupakan seorang anak raja.
Walaupun Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn bukan anak raja tetapi kedua-dua mereka berasal dari golongan bangsawan yang sangat dihormati oleh orang Jepun semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu sehinggakan dikurniakan pakaian seragam tentera untuk dipakai serta mendapat kebenaran untuk berjalan-jalan dengan Katana (pedang samurai) di pinggangnya.
Meskipun begitu, dalam dunia politik, seseorang individu itu harus dilihat sebagai seorang rakyat biasa dan bukan sebagai orang yang elit, atau bangsawan, dan kesemua ciri ini ada pada diri Tun Mahathir, iaitu Perdana Menteri pertama daripada golongan bawahan (proletariat), jelas Raja Petra.
“Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri pertama daripada golongan bawahan, dan beliau marah dengan hakikat bahawa beliau merupakan orang nombor dua kepada Yang Dipertuan Agong  walaupun Agong tidak mempunyai apa-apa kuasa politik tetapi hanyalah boneka semata-mata di atas takhta.
“Oleh itu, Mahathir memutuskan untuk meletakkan Agong di tempatnya. Perdana Menteri yang baru adalah daripada kalangan rakyat dan bukan lagi dari Istana. UMNO suka peraturan baru dengan kuasa rakyat dan bukan kuasa daripada Istana,” tulisnya dalam catatan terbaru di Malaysia Today.
Bertitik tolak daripada itu, ‘kejayaan’ Tun Mahathir mengajar parti keramat UMNO untuk menerima budaya baru telah menyebabkan  Tengku Razaleigh gagal dalam menentang Tun Mahathir setelah gagal membuktikan kepada parti bahawa dirinya daripada kalangan rakyat, bukan golongan istana.
Malangnya, Tun Mahathir gagal mendidik anaknya sendiri, apabila Mukhriz melangkah masuk dalam gelanggang politik dengan gaya golongan pertengahan (bourgeois) dan bukannya golongan bawahan (proletariat) seperti yang ‘diperjuangkan’ oleh bapanya, komen Raja Petra.
“Tiga puluh tahun yang lalu, Tengku Razaleigh berharap ‘status’ beliau boleh menjadikannya Perdana Menteri . Tetapi itu hanya akan berjaya dengan Umno lama. Dalam Umno baru , (seperti yang dikatakan Tunku Abdul Rahman sebagai “Umno Mahathir “) ia tidak lagi membawa anda pergi jauh. Mahathir sepatutnya mengajar anaknya sendiri “golden rule” ini bagaimana untuk berjaya dalam Umno,” tulis beliau lagi.
Menurut Raja Petra, Mukhriz seolah-olah menjangkakan jawatan kepimpinan itu diberikan kepadanya dengan senang kerana baginya ‘daddy kasi’ kerja adalah jauh lebih baik daripada dedikasi, sekaligus terlupa dengan insiden yang terjadi kepada Tengku Razaleigh yang jauh lebih tinggi darjatnya.
Mukhriz yang enggan berusaha dan hanya mengharapkan perwakilan Pemuda UMNO untuk datang ‘menyembahnya’ telah gagal merebut jawatan tersebut dan perkara ini telah mencetuskan kemarahan bapanya, dan tidak dapat menerima hakikat bahawa ianya berpunca dari kesalahan anaknya sendiri.
Ulas Raja Petra, selepas kekalahan Mukhriz, Tun Mahathir bertindak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada hematnya dengan sengaja tidak menyerahkan jawatan tersebut kepada anaknya, sama seperti tuduhan yang dilemparkan kepada mantan Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah pada tahun 2004.
“Kegagalan Mukhriz dipersalahkan ke atas Abdullah dan Najib. Mukhriz kini tidak akan menjadi Perdana Menteri pada 2020 disebabkan kedua-dua Perdana Menteri itu. Ia bukan kesalahan Mukhriz. Ia adalah salah Abdullah dan Najib.
Mukhriz tidak berusaha untuk itu. Beliau tidak turun padang. Beliau mengharapkan ‘padang’ datang kepadanya, seperti yang seorang Sultan harapkan. Walaupun mereka mengadapnya, beliau tidak ingat siapa mereka atau nama mereka, walaupun beliau mungkin telah bertemu dengan mereka beberapa kali sebelum itu,” ujar beliau menerangkan peristiwa sebenar berkaitan kekalahan Mukhriz.
Berbeza dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Mukhriz, Raja Petra menjelaskan Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai daya ingat dan fokus dengan apa yang dituturkan oleh sesiapa sahaja yang ditemui dan mampu membuat seseorang berasa istimewa.
“Bila anda berjumpa dengan Mukhriz, anda akan dapat merasakan bahawa beliau sebenarnya bukanlah seorang ahli politik dan tidak berminat dengan tugas tersebut. Anda mendapat gambaran bahawa bapanya, Mahathir yang mahu beliau menjadi ahli politik sedangkan beliau lebih suka melakukan kerja lain dan menikmati kehidupan mewahnya,” tambah Raja Petra.
Sementara itu, beliau turut memberi gambaran diri sebenar Mukhriz bukanlah seorang ahli poltik, dan menasihati bekas Menteri Besar Kedah itu untuk lekas mengakui kegagalannya bagi memberi kesedaran kepada bapanya, Tun Mahathir bahawa Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020 bukan kerana sekatan oleh Najib atau sesiapa namun ianya kerana Mukhriz cuba untuk mendapatkan kedudukan tersebut dengan menggunakan pengaruh bapanya adalah Tun Mahathir, bukan sebagai seorang Mukhriz Mahathir.
Mengulas lebih lanjut, Raja Petra mendedahkan bahawa matlamat utama Tun Mahathir bersungguh menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri adalah untuk mewujudkan ‘dinasti’ baru serta memastikan kelangsungan ‘Legasi Mahathir’ sekaligus melindungi kekayaan keluarga dan kepentinagn perniagaan mereka.
Mengakhiri analisisnya, beliau mengatakan bahawa Mukhriz bukanlah pemenang tetapi seorang yang kalah selagi mana menggunakan nama dan pengaruh bapanya, Tun Mahathir.
“Anda boleh mengheret kuda anda ke dalam air tetapi anda tidak boleh memaksanya untuk minum. Kuda anda, iaitu Mukhriz tidak minum. Beliau juga tidak boleh berlari,” ujar Raja Petra mengakhiri analisisnya. 

17 March 2016

Strategi Politik PAS Gugat Perancangan Pakatan Harapan

Tindakan PAS membentuk ‘blok ketiga’ politik yang sekali gus mengacau strategi Pakatan Harapan (PH) terus diserang DAP, abang besar dalam PH kerana PAS terang-terangan tidak mahu tunduk kepada kemahuan dan kehendak parti chauvinis itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas jengkel dengan tindakan PAS menunjukkan kekecewaannya dengan mendakwa bahawa sebarang undi yang diberi kepada PAS secara tidak langsung bermakna menyokong Barisan Nasional, (BN).

“Wujud persoalan sama ada undian untuk PAS bermakna ianya adalah satu undi untuk UMNO,” kata Guan Eng.

Beliau juga memperkecil-kecilkan inisiatif PAS itu dengan mendakwa bahawa blok ketiga itu akan gagal jika tidak membabitkan semua pihak dalam usaha untuk membawa perubahan.

“Jika kuasa ketiga itu tidak inklusif, bagaimana untuk membawa perubahan. Saya fikir bahawa kuasa ketiga itu tidak akan mempunyai relevannya atau kepentingan jika ianya tidak inklusif, tidak tegas terhadap rasuah dan tidak dapat menunjukkan mereka adalah berdayasaing,” katanya.

Masalahnya Guan Eng sengaja menafikan fakta bahawa DAP sendiri ialah sebuah parti rasis yang langsung tidak inklusif lantaran barisan kepimpinannya hanyalah terdiri dari satu kaum.

Rekod Guan Eng sendiri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang juga jelas gagal menunaikan janji manifesto antaranya untuk menyelesaikan masalah banjir, tiada kenaikan tol dan pelbagai lagi malah kos perbelanjaan operasi kerajaan negeri yang meningkat saban tahun memaparkan kelemahan beliau untuk mengurus sumber kewangan negeri yang sehingga kini hanya bergantung kepada penjualan tanah negeri.

Sekaligus, di mana dayasaing yang dituntut Guan Eng?

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara, Hanipa Maidin pula secara sinis menyindir gabungan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang dianggapnya kerjasama sia-sia.

Ini kerana Ahli Parlimen Sepang itu angkuh mendakwa bahawa Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP masih menerima sokongan yang kuat.

“Selamat maju jaya kepada PAS. Sebenarnya PAS perlu berada dalam Pakatan Harapan tetapi masalahnya ialah tidak ada yang mahu berkawan dengan PAS,” katanya.

Yang pasti, kenyataan negatif ahli parti dalam PH berhubung kerjasama PAS dan IKATAN jelas menggambarkan bahawa PH sememangnya tidak menjangkakan PAS mampu merangka strategi politik secara bersendirian tanpa kehadiran PH.

Paling terhina ialah DAP, kerana selama ini mengangkat parti rasis itu sebagai abang besar dalam PH.

14 March 2016

Raja Petra Dedah Percaturan Politik 'Legasi Mahathir'

[BAHAGIAN DUA] PENULIS blog terkenal, Raja Petra Kamarudin hari ini mendedahkan cara pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang dikatakan diadaptasi dari pemerintahan Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura.
Menyambung kembali penulisannya dalam episod 'Legasi Mahathir' bahagian dua, beliau menerusi laporan yang disiarkan di laman portal Malaysia Today berkata Tun Mahathir pernah menempelak seorang pegawai kanan kerajaan pada hari pertama menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, yang mencadangkan Malaysia supaya menggunapakai beberapa polisi dari Singapura.
Tun Mahathir mendakwa Malaysia 'tidak sebulu' dengan Singapura dan atas dasar itu beliau mengecam tindakan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang memberi tanah milik masyarakat Melayu kepada bangsa Cina. Menurutnya, jika beliau dibenarkan untuk campurtangan dalam krisis yang berlaku pada tahun 1965, Kuan Yew akan ditahan di bawah ISA dan seterusnya menghantar Rejimen Melayu ke Singapura untuk memulihkan keadaan.

Ramai orang bercakap perihal rusuhan bangsa pada tahun 1964 atau lebih dikenali sebagai peristiwa 13 Mei, di Malaysia. Tetapi, tiada yang mempersoalkan rusuhan bangsa di Singapura pada tahun 1964, di mana punca sebenar adalah disebabkan oleh demonstrasi tidak puas hati maysrakat Cina Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia, yang ditubuhkan setahun sebelum peristiwa tersebut.

Walau bagaimanapun, ianya adalah cerita yang berbeza. Namun, pada asasnya, selepas Malaysia dan Singapura berpecah, Malaysia tidak menunjukkan prestasi sebagus Singapura. Syarikat penerbangan yang dikongsi oleh dua buah negara ini telah berpecah menjadi dua syarikat yang berlainan, iaitu Singapore Airlines dan Malaysian Airlines. Dalam tempoh tiga bulan berakhir Disember 2015, Singapore Airlines telah mencatatkan peningkatan sehingga 35 peratus, iaitu sebanyak RM816juta, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM600juta bagi suku yang sama tahun sebelum itu. Sedangkan Malaysian Airlines masih bergelut untuk terus bertahan dan tidak diiktiraf muflis.

Pada suatu ketika dahulu, Singapura dan Malaysia berkongsi nilai matawang yang sama, namun pada hari ini, satu dollar Singapura bersamaan dengan tiga ringgit Malaysia. Satu benda yang menjadikan Malaysia lebih baik berbanding Singapura adalah anda boleh mengunyah gula-gula getah di Malaysia, tetapi tidak di Singapura. Jadi, terlalu besar jurang perbezaan antara Singapura dan Malaysia.
Salah satu perkara yang sangat dicemburui oleh Tun Mahathir adalah berkaitan keupayaan Lee Kuan Yew mengawal dan merancang kepimpinan negara, meskipun sudah tidak bergelar Perdana Menteri. Seperti digembar-gemburkan, Kuan Yew, satu- satunya Perdana Menteri di dunia yang mampu mentadbir negara walaupun sudah meninggal, sedangkan Tun Mahathir tidak berupaya melakukan demikian walaupun masih hidup. Dan semestinya ia sesuatu yang sangat dicemburui.
Kuan Yew telah menjadi Perdana Menteri Singapura selama 31 tahun bermula 3 Jun 1959 hingga 28 November 1990. Selepas beliau bersara pada tahun 1990, penggantinya, Goh Chok Tong telah melantik beliau sebagai Menteri Senior. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 2004, selama 14 tahun. Maka, secara efektifnya, beliau masih lagi mempunyai pengaruh dalam pentadbiran negara.

Apabila anak sulungnya, Lee Hsien Loong mengambil alih sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada tahun 2004, Kuan Yew memegang jawatan penasihat kepada menteri selama tujuh tahun sehingga beliau meninggalkan kabinet pada tahun 2011. Secara amnya, Kuan Yew masih lagi berkuasa dalam pentadbiran negara selama 21 tahun selepas tempoh persaraannya. Secara keseluruhan, Kuan Yew telah memegang jawatan dalam kerajaan Singapura selama hampir 56 tahun. Beliau meneruskan khidmat di Tanjong Pagar selama 60 tahun setelah dilantik sebagai Ahli Parlimen sehingga kematiannya pada tahun 2015.
Tun Mahathir tidak dapat menerima kenyataan bahawa Kuan Yew telah menandinginya, begitu juga Singapura yang jauh lebih maju dari Malaysia. Kuan Yew telah berjaya membina legasinya termasuk sebuah negara dan menjadi idola bagi seluruh dunia. Apa legasi Tun Mahathir?

Sesiapa yang menulis tentang Tun Mahathir hanya bercakap soal kegagalan dan bencana kewangan yang dilakukannya. Tiada seorang pun yang bercakap tentang kejayaannya. Adakah Tun Mahathir bakal diingati dengan kes-kes sebegini? Takkan tiada satu pun kejayaan yang boleh ditukar dengan lambakan kegagalan tersebut?

Malaysia mempunyai KLIA, KLCC, Langkawi dan sebagainya. Semua ni takkan tak dikira? Malangnya semua itu hanyalah binaan konkrit dan monumen statik. Legasi haruslah sesuatu yang lebih dari sekadar binaan-binaan ini dan legasi Kuan Yew bukan hanya bangunan yang ditinggalkan akan tetapi kepimpinan yang berupaya memimpin Singapura mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Dan legasi itu adalah anaknya, Perdana Menteri, Lee Hsein Loong yang telah memerintah Singapura selama lebih 12 tahun semenjak 2004.

Apabila Kuan Yew bersara pada tahun 1990, beliau melantik Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri yang baru, yang setersunya melantik Hsien Long sebagai Timbalannya. Mesej yang disampaikan sangat jelas. Chok Tong akan menjadi Perdana Menteri interim yang akan 'mempersiapsiagakan' Hsien Loong sebelum mengambil alih pimpinan kelak. Dan perkara ini akhirnya menjadi kenyataan.

Mengambil contoh permainan Kuan Yew, Tun Mahathir juga telah menyerahkan kuasanya kepada Perdana Menteri interim, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 November 2003, yang mana akan memberi laluan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila tiba masanya kelak. Chok Tong, Perdana Menteri interim Singapura telah memerintah selama 14 tahun. Tun Mahathir sepatutnya memberi peluang kepada Tun Abdullah untuk memerintah selama 17 tahun, iaitu sehingga tahun 2020 sebelum memberi laluan kepada Mukhriz untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Akan tetapi, setelah termeterainya perjanjian dan Tun Abdullah mengambil alih pemerintahan negara pada 1 November 2003, beliau telah memungkiri perjanjian tersebut. Itulah yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir pada tahun 2006 semasa beliau mengatakan bahawa Tun Abdullah telah melanggar perjanjiannya. Perkara ini dijelaskan dalam siri pembongkaran 'Legasi Mahathir' bahagian satu.

Akan tetapi perkara yang dirancang tidak menjadi, malah menantu Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin pula yang semakin mendapat tempat dalam pentadbiran. Mukhriz gagal menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2004 and Ketua Pemuda pada tahun 2009. Mukhriz juga gagal menjadi Naib Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2013. Dan pada tahun ini, pada pemilihan parti UMNO, Mukhriz sepatutnya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri, mengikut perancangan.

Ianya suatu keputusan yang sangat mengejutkan apabila Mukhriz gagal memenangi salah satu tempat dalam tiga jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2013. Secara tradisinya, Menteri Besar akan memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, walaupun ia bukanlah satu peraturan. Namun, ianya hanya boleh berlaku apabila semua Menteri Besar melantik seorang calon sebagai 'wakil Menteri Besar'. Dan, untuk menjadikan perkara ini tidak mustahil, Perdana Menteri haruslah memainkan peranan. Najib, walaubagaimanapun tidak memainkan peranan tersebut, dan mengakibatkan kekalahan Mukhriz. Oleh sebab itu, pada pengetahun Tun Mahathir, Najib kini hidup dengan masa yang dipinjam.

Jika Mukhriz memenangi kerusi Naib Presiden pada tahun 2013 yang lalu, dan kemudian mendapat jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2016, ini bermakna dalam tempoh empat tahun, atau bermula sekarang, pada tahun 2020 Mukhriz sudah bersedia untuk menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Walaubagaimanapun, perkara itu sudah begitu mustahil. Kedua-dua Perdana Menteri, Tun Abdullah dan Najib telah gagal untuk menepati janji mereka, iaitu menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri menjelang tahun 2020. Dan oleh sebab itu, Tun Abdullah sudah diarah pegi, dan kini tiba giliran Najib.
Tun Abdullah harus disingkirkan untuk mengeluarkan Khairy Jamaluddin. Tun Mahathir percaya bahawa Khairy berjaya hanya kerana dia merupakan menantu kepada Perdana Menteri, jadi jika Tun Abdullah disingkirkan, maka Khairy sudah tidak mempunyai sebarang kepentingan lagi. Sekaligus membuka ruang buat Mukhriz untuk naik.
Pada tahun 2013, Tun Mahathir sedar jika Mukhriz berpeluang menjadi Perdana Menteri, maka Najib harus disingkirkan walau dengan apa cara sekaligus. Dalam masa yang sama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menjadi 'Goh Chok Tong' Malaysia sekiranya Najib berjaya disingkirkan, dan dalam masa tujuh ke lapan tahun, beliau akan menyerahkan negara kepada kepimpinan Mukhriz.

Itu antara punca mengapa Kempen Anti Najib (ANC) dilancarkan pada penghujung tahun 2014. Isu yang dibawa bukan 1Malaysian Development Berhad (1MDB), atau kemudiannya timbul isu derma sebanyak RM2.6billion. Ianya adalah gimik untuk menyingkirkan Najib dan digantikan dengan 'Goh Chock Tong', yang akan memberi laluan kepada Mukriz sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020. Sebaliknya, Najib telah 'membunuh' 'Goh Chok Tong' kepunyaan Tun Mahathir dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi. Malang buat Tun, Zahid tidak mahu menjadi 'Goh Chok Tong' beliau sekiranya beliau ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Dan, Zahid juga tidak mahu menikam Najib dari belakang dan mengambil alih tugas Perdana Menteri sebelum tiba masanya.

Maka, Zahid mempunyai sokongan Najib di belakang, dan sebagai ganjaran, beliau berkemungkinan besar akan dipilih sebagai Perdana Menteri selepas Najib bersara. Ini bermakna, peluang untuk Mukhriz akan lenyap selama-lamanya melainkan kedua-dua individu ini dapat disingkirkan sekaligus. Apabila Tun Abdullah gagal untuk melaksanakan janjinya terhadap Mukhriz, Tun Mahathir bertindak menyerang beliau. Apabila Tun Abdullah kelihatan sukar untuk dijatuhkan, Tun Mahathir bertindak keluar dari UMNO dan bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk mensabotaj Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 2008.

Tun Mahathir menggunakan Matthias Chang, seorang peguam untuk berjumpa dengan pemimpin-pemimpin berbangsa Cina, yang kebanyakannya merupakan ahli seumur hidup MCA, dan menghasut mereka supaya mengundi parti pembangkang. Menurutnya, UMNO-Barisan Nasional perlu dihukum, dan mengikut Matthias, salah satu caranya adalah dengan mengundi pembangkang.
Semasa sidang media berlangsung di Alor Setar, Kedah, Tun Mahathir sekali lagi mengulang gesaannya dan meminta rakyat Malaysia untuk tidak mengundi parti UMNO-Barisan Nasional, sebaliknya mengundi parti pembangkang, untuk memberi pengajaran kepada parti tersebut. Ianya berhasil dan UMNO-Barisan Nasional telah merosot pada PRU 2008. Atas faktor tersebut, Tun Mahathir menggunakan alasan tersebut untuk menyingkirkan Tun Abdullah.

Sepanjang tahun 2015, pelbagai usaha dilakukan untuk menyingkirkan Najib, supaya 'Goh Chok Tong' Malaysia boleh mengambil alih pemerintahan. Rancangan itu bukan lagi rundingan atas meja, semua perancangan yang direncanakan untuk Mukhriz sudah semakin mustahil. Jika Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020, ianya harus berlandaskan pelan jangka pendek yang baharu, dan bukan lagi rancangan lama yang direncanakan oleh bapanya selama 14 tahun, iaitu seawal tahun 2002 lagi.

Rancangan awal yang direncanakan oleh Tun Mahathir adalah sesuatu yang bijak pada mulanya, namun terhalang setelah Khairy Jamaluddin memilih untuk menyertai perlumbaan yang sama dan Tun Abdullah tidak menghalang niat menantunya itu. Namun, Mukhriz masih lagi mempunyai peluang yang cerah untuk menang, sehinggalah dr Khir Toyo mengambil keputusan untuk bertanding dan menjadikan ia pertandingan tiga penjuru. Jika ianya merupakan pertandingan antara Mukhriz dan Khairy, maka Mukhriz berpeluang untuk menang, tetapi dalam pertandingan tiga penjuru, ianya sukar bagi Mukhriz kerana dia dan Khir Toyo berada dalam satu matlamat yang sama. Maka, pertandingan tiga penjuru itu telah menyebelahi Khairy.

Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Tun Mahathir, dan akhrinya bertindak menggunakan anjingnya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan memerangkap Khir. Perkara ini telah menyebabkan Khir berdepan hukuman penjara (bukan sebab beliau mengambil rasuah - kerana jika betul dakwaan ini maka 90 peratus dari ahli politik kedua-dua belah pihak juga bakal berdepan situasi yang sama), namun ianya kerana Khir telah mensabotaj peluang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Sebenarnya, Tun Mahathir menggunakan Samsuddin Majulia untuk memerangkap Khir, dan secara asasnya Khir telah ditikam dari belakang oleh orangnya sendiri. Tetapi, itulah natijahnya jika ada individu yang menjadi penghalang kepada usaha untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri yang seterusnya, seperti apa yang Najib mula sedar, Tun Mahathir, walaubagaimanapun kini sedar bahawa penyingkiran Najib sudah tidak dapat menjamin kedudukan Mukhriz sebagai Perdana Menteri kerana ianya hanya umpama memberi peluang kepada Zahid untuk memgambil alih tugas tersebut lebih awal dari perancangan.

Satu-satunya jalan supaya Mukhriz dapat merealisasikan impinannya adalah dengan menyingkirkan Zahid dan menggantikannya dengan Mukhriz. Kemudian, menjelang tahun 2020, Najib boleh bersara dan Mukhriz akan mengambil alih tempatnya. Itulah rancangan permainan pantas yang baharu untuk menggantikan rancangan yang telah dibuat oleh Tun Mahathir pada masa dahulu. Dan bagi menjayakan perkara ini, Najib perlu diberi tekanan untuk menggantikan Zahid dengan Mukhriz. Perkara ini harus dilaksanakan sebelum pemilihan parti pada tahun 2018, jika tidak peluang untuk Mukhriz akan lenyap selamanya.

Oleh kerana itu, Tun Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO dan melancarkan satu gerakan baharu, kempen Selamatkan Malaysia dengan menadatangani 'Deklarasi Rakyat' pada tanggal 4 Mac 2016. Tun Mahathir percaya beliau tidak dapat menjatuhkan Najib melalui jalan dalam UMNO, maka beliau cuba untuk melakukannya di luar parti.
Tetapi, Tun Mahathir hanya memberi gambaran bahawa beliau mahu menyingkirkan Najib, ianya mungkin pelan asal pada tahun 2014 lalu. Namun, ianya sudah tidak boleh digunapakai kerana ianya hanya memberi manfaat kepada Zahid, dan bukannya Mukhriz. Rancangan baharu adalah supaya Najib ditekan dengan pelbagai ancaman dan akhirnya merangkak kepada beliau untuk berdamai.

Dan perjanjian damai tersebut merangkumi penggantian Zahid dengan Mukhriz dan perkara ini harus dilakukan sebelum pemilihan parti pada 2018, tetapi selepas pilihanraya umum pada 2018, Mukhriz boleh bertanding untuk kerusi parlimen bagi melayakkan beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri pada tahun 2020.

Dalam pada itu, Raja Petra juga mempersoalkan adalah kesemua ini merangkumi kempen 'Selamatkan Malaysia'? Adakah ianya benar-benar tentang 'Deklarasi Rakyat'? Jika ada yang percaya, maka pastinya mereka turut percaya akan kewujudan Santa Claus dan rusa-rusanya tinggal di Kutub Utara.

'Tidak, ini bukan mengenai Legasi Mahathir. Dan jika Kuan Yew boleh melakukannya, maka mengapa tidak Tun Mahathir? Adakah kamu benar-benar fikir bahawa Tun Mahathir mengambil berat akan perihal rakyat Malaysia atau perihal negara? Mahathir, sama seperti Joseph Stalin, Rusia, langsung tidak kisah untuk mengorbankan negara dan kesemua rakyatnya mati demi memenangi sebuah perlumbaan. Dan jika anda tidak tahu akan perkara ini, maka kamu agak bodoh untuk bercakap soal politik. Mahathir akan melakukan apa sahaja, termasuklah mensabotaj UMNO-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang, hanya demi memastikan legasinya, memastikan matlamatnya menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri akan tercapai.
Dipetik Dari : KLXpress 14/03/2016

13 March 2016

Kenapa Chong Chieng Jen Pinggirkan Baru Bian ?

Krisis pembahagian kerusi DUN pada piliharaya Sarawak kali ini diantara DAP dan PKR menemui jalan buntu untuk diselesaikan. Ditambah dengan sikap dingin diantara Chong Chieng Jen (DAP) dan Baru Bian (PKR) menambahkan lagi kekalutan yang berlaku.

Kenyatan Chong yang ingin bertemu Pengerusi PKR pusat Wan Azizah menimbulkan berbagai persoalan dimana Baru Bian sebagai Pengerusi PKR Sarawak seolah-olah tiada kepentingan bagi Chong.

Baru seperti dipinggirkan pada pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Mungkinkah Chong terhalang agendanya oleh Baru Bian memandangkan DAP Sarawak ingin menempatkan calon dayak di 27 buah kerusi. Tidak akan tercapai niat Chong kerana difahamkan kerusi DAP bertindih dengan PKR. DAP seolah-olah tidak memberi peluang untuk PKR menjadi calon di kerusi tradisi mereka.

Baru Bian sebelum ini pernah menyatakan Chong sudah besar kepala dalam surat yang diusul kepada Anwar Ibrahim satu ketika dahulu. Mungkinkah Chong berdendam dengan isi surat Baru tersebut ?. Namun hakikatnya Chong semakin meminggirkan Baru Bian.

Chong lebih rela berjumpa Wan Azizah membincang isu pembahagian kerusi daripada berbincang dengan Baru Bian. Chong lebih percaya Wan Azizah yang bukan orang Sarawak daripada mempercayai Baru Bian yang memang tulin orang Sarawak.

Mungkin Chong bersikap kurang senang dengan Baru Bian kerana Baru pernah menyatakan " Orang Sarawak tidak menerima PKR kerana ini adalah satu parti Semenanjung Malaysia dan kita harus sokong parti yang local ". Mungkin Chong terasa kerana DAP juga parti dari Semenanjung Malaysia.

Sentimen tidak mahu parti dari Semenanjung Malaysia sebenarnya telah di isukan oleh pembangkang selama ini agar rakyat Sarawak tidak menerima UMNO masuk sebagai parti politik di Sarawak tetapi hakikatnya UMNO tidak pernah berniat untuk melebarkan sayap mereka ke Sarawak. Namun pada masa sama pembangkang di Sarawak adalah parti yang memang ternyata dari Semenanjung seperti DAP, PKR, PAN dan PAS.

Jadi siapa sebenarnya membawa parti Semenanjung menjadikan parti politik di Sarawak ? Sudah pasti jawapannya adalah pihak pembangkang yang sering mengangkat sentimen membenci parti dari Semenanjung, walhal mereka bernaung di bawah parti pembangkang dari Semenanjung.

Apa pun berlaku, kemungkinan Baru Bian terus dipinggir oleh Chong Chieng Jen kerana kenyataan yang diungkap oleh Baru Bian. Mungkin di sebabkan hal tersebut Chong terus tidak memandang Baru Bian dan menyisih Baru dalam perbincangan pembahagian kerusi DUN pada pilihanraya kali ini.-Sarawakiana

Dipetik Dari : Sarawakiana


Dakwaan seorang pemimpin PKR yang mengatakan pemimpin Dayak dari Barisan Nasional (BN) rela diperkudakan, ibarat meludah ke langit. 

Abun Sui Anyit membuat tomahan demikian terhadap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Alfred Jabu yang menyatakan sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Kasihan betul pemimpin Dayak jadi Pak Sanggup. Rela diperkudakan untuk buat statement yang kontroversi dan boleh memakan diri,” kata Abun menerusi akaun Facebooknya

Abun mungkin lupa dalam negara demokrasi seperti Malaysia kita bebas menyokong mana-mana pihak tanpa ada sebarang paksaan atau halangan, Abun juga bebas berpolitik atas dasar demokrasi yang diamalkan kerajaan BN selama ini.

Sekiranya Alfred Jabu tidak mempersoal mengapa Abun diperkudakan oleh Anwar untuk memperjuangkan agenda politiknya, Jadi mengapa perlunya Abun mempersoal Jabu kerana menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

Selain itu, Abun turut mempersoal mengapa Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan tidak berani mengulangi sokongannya terhadap Najib.

“Kenapa Adenan sendiri tidak berani mengulangi "sokongannya" terhadap Najib di saat Mahathir, Muhyidin dan Shafie Afdal dan ramai pemimpin akar umbi UMNO sedang menolak Najib?” soal Abun yang dilaporkan akan bertanding di DUN Murum, mewakili PKR, sebuah parti dari Malaya.

Barangkali terlalu ghairah untuk berpolitik, Abun terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa Adenan tidak ada masalah untuk menyatakan sokongan terhadap PM Najib, dan mengulangi sokongan tersebut berkali-kali.

Adenan dengan lantang pernah menjawab cabaran pihak pembangkang untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

“Saya memberi jaminan kalau Najib didapati bersalah dalam skandal 1MDB, saya akan mempertimbangkan semula sokongan dan taat setia kepadanya tetapi selagi beliau (Najib) belum didapati bersalah sokongan itu kekal.

“Ketika ini beliau adalah pengerusi BN dan Perdana Menteri, belum dibuktikan bersalah, maka saya dan BN Negeri harus memberi sokongan dan taat setiap kepadanya,” tegas Adenan ketika ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Desember lalu.

Apakah Abun mampu tidak memahami kenyataan seperti itu?

Sebenarnya yang paling mengelirukan bila orang seperti Abun sanggup menyokong dan berjuang demi agenda individu yang telah pun didapati bersalah oleh mahkamah.

Samada Abun mahu diperkuda Anwar, atau Jabu diperkuda Najib semua itu pilihan masing-masing dalam negara demokrasi. –  Iskandar Marzuki

Dipetik Dari : Sarawakiana

"Sarawak Negeri Miskin" Jadi Modal Politik

Tindakan Nga Kor Ming memuat naik gambar beberapa pelajar sekolah yang sedang menaiki basikal melalui jambatan yang usang dan berbahaya mendapat kecaman dari pengguna laman social facebook.

Pemimpin DAP itu mendakwa gambar tersebut sebagai bukti betapa daifkan hidup rakyat Sarawak setelah 60 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Segelintir penyokong pembangkang di Sarawak dilihat turut menyebarkan status tersebut sebagai bahan propaganda untuk membayangkan kepada rakyat betapa gagalnya kerajaan BN memerintah negeri ini.

Bagaimana pun Nga Kor Ming memadamkan status tersebut setelah tidak tahan dikecam netizen kerana mendapati gambar yang disebarkan adalah sebuah jambatan di Jawa Tengah, Indonesia bukan di Sarawak seperti yang didakwa.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Nga Kor Ming sebagai bodoh dan tidak bermaruah kerana menyebarkan fitnah murahan seperti itu. Malah mereka mempersoal mengapa orang Taiping memilih Kor Ming yang bodoh sebagai pemimpin.

Ini bukanlah kali pertama Nga Kor Ming cuba membuat fitnah terhadap Sarawak, sebelum ini Ahli Parlimen Taiping itu turut memuat naik kenyataan yang memfitnah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem.

Bayangkan betapa rendahnya martabat seorang pemimpin yang dipilih rakyat bila sanggup mencipta berbagai fitnah tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sehingga kini belum ada kenyataan permohonan maaf dari Nga Kor Ming, dan juga tidak ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak di Sarawak terhadapnya.

Cerita kemiskinan rakyat Sarawak sememangnya sering menjadi modal politik pihak pembangkang setiap kali pilihan raya, pembangkang di Sarawak pula dilihat sangat merestui tindakan itu demi untuk menyentuh moral rakyat agar condong menyokong perjuangan songsang mereka.

Pihak pembangkang memang berharap Sarawak sentiasa mundur dalam segala hal kerana itu saja modal yang boleh mereka gunakan untuk berpolitik di negeri ini, bahkan jika boleh mereka sanggup mensabotaj apa saja usaha kerajaan ke arah kemajuan, takut nanti mereka hilang modal.

Pembangkang seringkali mendakwa, jika mereka yang memerintah tidak ada lagi kemiskinan di negeri ini dan harga barang-barang keperluan akan turun mendadak. Kenyataan tidak masuk akal seperti itu turut dijaja kawasan pendalaman Sarawak.

Dalil mereka, jika benar negeri ini maju pasti tidak ada lagi orang miskin. Mereka cuba membayangkan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan tidak ada lagi orang miskin kerana diperintah oleh pembangkang. Benarkan seperti yang didakwa? Pasti tidak, kerana di mana-mana negara maju pun ada orang miskin. 

Dipetik Dari: Sarawakiana

12 March 2016

Mainan Politik Kotor DAP Sarawak


Pembangkang di Sarawak, terutamanya DAP sentiasa mencari jalan untuk memburukkan kedudukan dan reputasi kerajaan negeri. Setiap hari, seperti mempunyai badan pemikir dan badan pengeluar persepsi tersendiri, mereka sentiasa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi terhadap kerajaan negeri Sarawak dibawah pimpinan Tan Sri Haji Adenan Satem.

Mereka akan menggunakan apa sahaja medium yang ada asalkan cerita-cerita fitnah rekaan mereka disampaikan sejauh yang mungkin. Itu belum lagi dengan menyulam kisah-kisah politik di Semenanjung dan dikaitkan dengan kerajaan negeri, walaupun sudah berulang kali diberitahu, apa sahaja yang melibatkan Semenanjung, tidak ada kena mengena dengan Sarawak.

Sebagai contoh, salah seorang aktivis Sarawak, Beng Kor dilihat begitu bebas menghentam kepimpinan negeri sehingga sanggup melabelkan Ketua Menteri Sarawak sebagai bodoh. Dia yang dikatakan salah seorang pemikir pencetus idea Sarawak for Sarawakians ini dilihat terlalu lancang sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan rakyat Sarawak.

Semuanya berpunca daripada keengganan Tan Sri Haji Adenan Satem yang enggan melayan tuntutan kemerdekaan penuh Sarawak dari Persekutuan Malaysia. Sudah berulang kali ditegaskan oleh Ketua Menteri, tiada sebab untuk Sarawak keluar dari Malaysia hanya kerana beridealogi yang berlainan.

Ini adalah sedikit contoh bagaimana DAP Sarawak melindung mereka yang boleh dianggap "pengganas cyber" di Sarawak. Mereka akan menggunakan apa sahaj istilah, samada Impian Sarawak mahupun Sarawak for Sarawakians untuk mewajarkan setiap tindak tanduk mereka.

Paling menyedihkan, ada diantara anak peribumi sendiri yang terpengaruh dengan dakyah dan propaganda yang disebarkan oleh DAP hanya semata-mata kepentingan politik. Seharusnya rakyat Sarawak lebih bijak menilai, apa yang telah dicapai oleh Tan Sri Haji Adenan selama dua tahun mentadbir negeri sebelum begitu mudah menelan dakyah bodoh sebegini.

Beliau sentiasa memikirkan, bagaimana untuk memajukan lagi negeri ini setanding dengan negeri-negeri yang lain. Beliau juga turut memikirkan, survivor rakyat Sarawak disaat ekonomi dunia yang kian mencabar. Usah terlalu mudah termakan dengan hasutan DAP dan aktivis bodoh seperti Beng Kor ini kerana tiada apa yang mampu mereka lakukan jika kuasa ditangan mereka.

Relevankah PAS Di Sarawak?


Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi nyata telah menarik banyak parti politik untuk mempertaruhkan nasib mereka untuk mencuri sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di Sarawak. Dalam hal ini, PAS juga tidak turut terkecuali dengan keinginan mereka mempertaruhkan calon mereka di sini.

Persoalannya, masih relevankah PAS di Sarawak selepas Tan Sri Haji Adenan Satem mentadbir negeri ini sejak dua tahun lalu?


Setiap kali Pilihan Raya samada umum mahupun negeri, PAS antara sebuah parti yang tidak pernah gagal meletakkan calon walaupun menyedari harapan untuk memenanginya begitu tipis. Kebanyakan calon-calon mereka diletakkan di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu dan Islam dimana mereka mengharapkan kemenangan di kawasan berkenaan.

Sejak tahun 2008, semasa PAS menyertai Pakatan Rakyat, PAS terpaksa mengorbankan agenda hudud mereka hanya semata-mata mahu bertanding di Sarawak. Ini kerana, DAP dan pembangkang di negeri ini enggan menerima kekalahan hanya kerana isu hudud dimainkan di Sarawak.

Memasuki tahun 2013, semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, PAS sekali lagi meninggalkan retorik hudunya jauh di Semenanjung hanya semata-mata mahu meraih undi bukan Islam di Sarawak. Sekali lagi PAS gagal dalam misi mereka.



Kini, PAS sekali lagi mahu mencuba nasib di Sarawak. Setelah Tan Sri Haji Adenan Satem mengeluarkan senarai 50 prinsip dan tindakan kerajaan negeri untuk penduduk Sarawak baru-baru ini, PAS sekali lagi berkemungkinan bakal terkubur di Sarawak. Ini kerana, dalam plan tindakan berkenaan sudah digariskan bahawa kerjaan negeri menolak sama sekali hukum hudud dilaksanakan di Sarawak.

Ini menjadikan PAS seolah-olah hilang punca dalam melemahkan kerajaan negeri. Untuk mengatasi masalah itu, terdapat sumber dalaman PAS yang mendakwa, PAS berkemungkinan meletakkan ahli Dewan Penyokong PAS yang bukan Islam bertanding di beberapa DUN Sarawak, diluar daripada kebiasaannya.


Dengan ini, PAS Sarawak amat berharap dapat meraih sekurang-kurangnya dua kerusi pada Pilihan Raya yang akan datang. Adakah ini satu langkah bijak dari PAS atau sekadar hanya mahu mendapat undi mudah dari mereka yang bukan Islam.


Rakyat Sarawak terutamanya mereka yang bukan Islam bukan lagi mudah untuk tertipu dengan helah sebegini. Rakyat sudah memahami bahawa hanya calon yang boleh bekerja sahaja akan dipilih oleh mereka sebagai wakil dan suara mereka di Sidang DUN Sarawak nanti. Mereka tidak akan sesekali menerima calon "zombie" atau calon "halimunan" untuk mewakili mereka kelak.

11 March 2016

Legasi Mahathir (Bahagian 1)

Legasi Mahathir (Bahagian 1)

Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah pada November 2003. Mukhriz akan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Koridor Kuasa.

Raja Petra Kamarudin

Oxford dan Cambridge sedang menjalankan kursus jangka pendek tentang pelbagai subjek. Antara kursus yang dijalankan adalah mengenai personaliti seperti Henry VIII, Elizabeth I, Winston Churchill, Presiden Kennedy dan sebagainya. Malangnya mereka tidak mempunyai sebarang kursus mengenai Tun Dr. Mahathir ataupun Mahathirisma. Mungkin Universiti Malaya boleh menganjurkan kursus ini.

Untuk memahami paradoks yang bernama Mahathir, anda hendaklah fokus tentang apa yang beliau tidak ucapkan berbanding apa yang beliau ucapkan. Ia mempunyai  perbezaan kerana seseorang itu boleh banyak bercakap tetapi sebenarnya kosong. Anwar Ibrahim adalah seorang yang pakar tentang perkara ini.

Apabila berkenaan dengan Mahathir, apa yang beliau tidak ucapkan adalah lebih penting daripada apa yang beliau ucapkan kerana terdapat terlalu banyak maklumat yang tersirat . Saya faham yang perkara ini mungkin terlalu keliru untuk diperkatakan tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana Mahathir sendiri adalah seorang yang keliru - ataupun beliau sengaja berkelakukan sedemikian supaya kita tidak mengetahui apakah muslihat beliau yang sebenarnya.

Sebagai contoh, Mahathir mungkin berkata untuk menyelamatkan negara, kita perlu menyingkirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Itu apa yang Mahathir kata. Tetapi apa yang beliau tidak katakan adalah: apabila Najib disingkirkan, siapakah yang akan menggantikannya? Walaupun telah ditanyakan soalan tersebut kepada Mahathir, beliau tidak menyatakan sebarang nama. Dia hanya jawab bahawa fokus utama adalah untuk menyingkirkan Najib dan bukannya apa yang yang berlaku selepas itu.

Mengapa beliau tidak mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ataupun Ahmad Zahid Hamidi. Ataupun mana-mana Naib Presiden yang lain iaitu Hishamuddin ataupun Shaife Apdal?

Ini adalah kerana tiada satu pun nama di atas merupakan pilihan beliau. Siapa yang Mahathir ada di dalam fikirannya adalah seseorang yang langsung berlainan daripada empat individu tersebut. Dan untuk memahami siapakah orangnya, kita perlu menyingkap semula Persidangan Agung UMNO pada pertengahan tahun 2002 apabila Mahathir, dengan linangan air mata, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Mahathir dengan ayatnya sendiri, selepas beliau mengumumkan untuk meletakkan jawatan, beliau telah meluangkan masa selama 15 bulan untuk berbicara dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehinggalah beliau benar-benar menyerahkan kuasa kepada Pak Lah pada 1 November 2003. Pada asasnya, menurut Mahathir, ada bebarapa perkara yang Pak Lah patut lakukan dan ada beberapa perkara yang beliau tidak patut lakukan apabila menerima jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.

Mahathir menyebut perkara tersebut adalah Jambatan Bengkok, laluan keretapi berkembar dan sebagainya yang mana Pak Lah telah batalkan dan kononnya telah menyebabkan Mahathir berang. Tetapi, bukan itu sahaja yang menyebabkan Mahatir marah -  semua itu tidak cukup untuk menyebabkan Mahathir mula menyerang secara agresif.

Satu perkata yang benar-benar menyebabkan Mahathir marah - yang mana Pak Lah telah mempersetujui untuk lakukan tetapi memungkiri - adalah berkaitan dengan anaknya, Mukhriz. Mahathir telah meminta Pak Lah supaya Mukhriz dinaikkan di dalam UMNO dan kurang daripada 10 tahun, Mukhriz akan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.

Maka itu adalah tugas Pak Lah: memastikan bahawa Mukhriz akan naik. Dan pada 1 November 2003, Mahathir menyerahkan negara ini kepada Pak Lah. Tetapi Pak Lah mempunyai seorang menantu bernama Khairy Jamaluddin Abu Bakar (yang mengahwini satu-satunya anak perempuan beliau, Nori pada tahun 2001). Dan ini telah menjadi batu penghalang kepada 'Projek Mukhriz' yang mana Pak Lah dan Mahathir telah persetujui.

Pak Lah sayang kepada Nori dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Nori. Nori pula mencintai kepada Khairy (termasuk sehingga mempunyai cawan kopi yang mempunyai gambar Khairy) Dan Khairy pula mencintai kuasa (termasuk mencintai diri sendiri).  Maka, atas permintaan Nori, Pak Lah telah melantik Khairy sebagai Ketua Setiausaha Sulitnya. Jawatan tersebut telah membuatkan Khairy menjadi de facto Perdana Menteri.

Sampaikan Cawangan Khas menjadi tidak suka kepada Khairy. Kebiasaannya, Pengarah Cawangan Khas akan mengadakan pertemuan pagi empat mata bersama Perdana Menteri. Tetapi, dengan kehadiran Khairy, ia telah menjadi pertemuan enam mata dan mesyuarat tidak akan dimulakan sehingga Khairy tiba. (Sekiranya Khairy lambat, maka Pengarah Cawangan Khas terpaksa menunggu)

Pengarah Cawangan Khas tidak suka kepada perkara ini dan membuat keputusan untuk bersara dan tidak meminta untuk disambungkan kontrak. Beliau memberitahu kepada rakan sejawatnya bahawa dia tidak mahu berkhidmat kepada Khairy, de facto Perdana Menteri. Peristiwa yang membuatkan benar-benar Pengarah Cawangan Khas tekad untuk berhenti adalah beliau membicarakan hal Khairy kepada Pak Lah, Pak Lah menjadi berang dan meminta beliau supaya tidak memfitnah menantunya lagi.

Salah seorang kawan sekolah Pak Lah, seorang penulis, juga memaklumkan kepada beliau bahwa Khairy adalah satu liabiliti dan pada akhirnya akan mengakibatkan kejatuhan Pak Lah. Sahabat Pak Lah itu juga memberitahu bahawa Mahathir cukup marah dengan Khairy dan sedang merancang untuk membuang Pak Lah supaya Khairy turut jatuh juga.

Pak Lah memberitahu kawan sekolahnya yang Khairy ini merupakan seorang yang sangat bijak dan mempunyai ramai kawan yang bijak.. Maka orang akan berasa iri hati dengan Khairy, kata Abdullah. Khairy juga merupakan aset kerana menurut Pak Lah, "Dia membantu menguruskan negara dan tanpa dia dan kawan-kawannya di 'Tingkat Empat', saya akan hadapi banyak masalah."

Ibrahim Ali (sekarang di dalam PERKASA) ada di dalam mesyuarat tersebut dan membawa kisah ini kepada pengetahuan Mahathir. Dan ketika itu jugalah, nasib Pak Lah sudah ditentukan. Pak lah kini sedang menunggu masa sahaja untuk dijatuhkan. Pak Lah terlupa bahawa individu yang sepatutnya beliau bawa naik adalah Mukhriz dan bukannya Khairy.

Ramai telah memberi amaran kepada Pak Lah bahawa Khairy akan menjadi punca kejatuhannya. Ramai juga yang memberi amaran kepada Pak Lah yang Mahathir akan jatuhkan Pak Lah terutamanya kerana Khairy. Ramai juga yang memberi amaran kepada Pak Lah jika beliau mahu terus selamat, beliau perlu fokus kepada Mukhriz dan bukannya Khairy. Tetapi Pak Lah tidak mengendahkan amaran tersebut dan itu telah mengakibatkan karier beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia terkubur.

Sejurus selepas Khairy mula bekerja untuk Pak Lah, beliau telah memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Jawatan yang pada mana Pak Lah dan Mahathir sudah bersetuju untuk diserahkan kepada Mukhriz. Dengan Khairy menjadi orang nombor dua Pemuda UMNO, ini bermakna laluan akan menjadi agak sukar bagi Mukhriz menaiki tangga kepimpinan UMNO.

Kemudian, pada tahun 2008, Pak Lah telah memberikan Khairy sebuah kerusi untuk dipertandingkan semasa PRU dan Khairy telahpun menang. Sekarang, tidak ada cara lain melainkan Pak Lah perlu pergi dan Najib akan menggantikan tempat beliau. Nasib dan masa depan Mukhriz bergantung kepadanya.

Mahathir menjangkakan apabila Najib telah mengambil alih kuasa, Najib akan membantu untuk mengekang pergerakan Khairy dan Mukhriz akan naik. Tetapi, tidak lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, Khairy memenangi pula jawatan Ketua Pemuda UMNO mengalahkan Mukhriz dan Khir Toyo.

Mahathir menyalahkan Najib akan hal ini dan sekiranya Najib mencampuri hal ini, maka sudah tentunya Mukhriz akan menang. 'Kegagalan' Najib sekali lagi terbukti apabila Khairy dibenarkan untuk bertanding PRU pada tahun 2013. Khairy menang dan dijadikan Menteri Kabinet oleh Najib.

Sekali lagi pada tahun yang sama, Khairy telah bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang. Najib tidak membuat apa-apa untuk memastikan Khairy kalah. Peluang untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri kini kian menipis.

Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah pada November 2003. Mukhriz akan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Itu adalah legasi Mahathir yang sebenar dan itulah Wawasan 2020 Mahathir yang sebenar. Apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa Wawasan 2020 Mahathir akan gagal, beliau merujuk kepada Mukhriz yang tidak akan menjadi Perdana Menteri sebelum atau menjelang tahun 2020 seperti yang dirancang Mahathir.

Apabila Khairy diberikan kerusi dan menang pada PRU dan kemudian dilantik sebagai Menteri Kabinet - manakala Mukhriz cuma diberikan jawatan Menteri Besar sebagai hadiah saguhati sahaja - itu adalah sebab mengapa Mahathir mengorak langkah untuk menjatuhkan Najib. Tidak lama selepas itu, isu 1MDB yang dimainkan merupakan katalis untuk menjatuhkan Najib.

Rancangan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri sebelum atau menjelang tahun 2020 telah gagal. Untuk itu berlaku, Mukhriz perlu menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2004, Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009, dan kemudian Naib Presiden UMNO pada tahun 2013, dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan kepada tahun 2018).

Abdullah dan Najib tidak menjadikan perkara ini berlaku. Maka Abdullah perlu pergi, sekarang tiba giliran Najib. Sekiranya Najib telah dibuang pada tahun lepas seperti perancangan Mahathir, Perdana Menteri proksi Mahathir mampu merealisasikan 'Projek Mukhriz'.

Tetapi, perkara tersebut telah menjadi agak mustahil dan Najib kelihatan selamat. Mereka yang menentang Perdana Menteri telah dibuang, termasuk Mukhriz. Maka Mahathir tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk keluar daripada UMNO, memandangkan beliau sudahpun gagal untuk mencapai apa yang beliau mahukan dari dalaman UMNO, dan sekarang beliau menggunakan pembangkang untuk memberi tekanan kepada Najib.

Sekiranya Najib terasa terancam dengan Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang, maka terdapat satu jalan keluar yang mudah. Iaitu Najib perlu memastikan Mukhriz menjadi orang nombor 2 di dalam parti dan juga kerajaan. Itu, walau bagaimanapun, tidak lagi mungkin kerana Najib sudahpun membuat keputusan untuk berdepan dengan Mahathir sebagai ketua pembangkang yang baru.

Legasi Mahathir sudahpun musnah. Sekarang ini cuma tinggal kemungkinan yang sangat rendah untuk beliau melihat hari yang mana anaknya menjadi Perdana Menteri, ataupun paling kurang menjadi orang nombor dua - sekurang-kurangnya bukan dengan Najib masih berkuasa.  Maka beliau akan membuat cubaan terakhir sebelum beliau meninggal dunia untuk melihat perkara ini terjadi. Mahathir sedang cuba untuk merealisasikan harapan ini dengan bergabung dengan pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan menggantikannya dengan seorang Perdana Menteri proksi.

Adakah itu akan berlaku? Anda perlu menunggu bahagian kedua untuk kisah seterusnya.

Artikel Asal Dalam Bahasa English 
Article From : Malaysia Today



THE MAHATHIR LEGACY (PART 1)
Mahathir’s legacy is simple. He would hand power to Abdullah in November 2003. Mukhriz would become the Umno Youth Deputy the following year. In 2009 Mukhriz would become the Umno Youth Leader. In 2013 Mukhriz would become one of the Umno Vice Presidents. In 2016 (now postponed to 2018) Mukhriz would become the Umno Deputy President. And by 2020 Mukhriz would become the Umno President and in that same move would become the new Prime Minister of Malaysia.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Oxford and Cambridge run short three-month courses on various subject matters. Some of these courses are regarding personalities such as Henry VIII, Elizabeth I, Winston Churchill, President Kennedy, etc. Unfortunately, they do not run any courses on Tun Dr Mahathir Mohamad or Mahathirism. So maybe University Malaya can do that instead.
To understand that paradox named Mahathir you must not focus on what he talks but on what he says. And there is a difference because someone can talk a lot but actually say nothing. In fact, Anwar Ibrahim is an expert at this.
And when it comes to Mahathir what he does not say is sometimes more important than what he says because there is a lot more information in what he does not say. I know this sounds confusing but then that is unavoidable because Mahathir himself is a confusing person — or maybe be intentionally makes it confusing so that we do not follow his real plot.
For example, Mahathir might say that to save the country we need to get rid of Prime Minister Najib Tun Razak. That is what Mahathir says. But what he does not say is: once Najib is ousted who is going to replace him? Even when we directly pose that question to him Mahathir will not commit any name. He will just reply that the focus is first to get rid of Najib and not about what happens thereafter.
But then at that time (pre-July 2015) Muhyiddin Yassin was the Deputy Prime Minister while now Ahmad Zahid Hamidi is. So why not just mention one of these two names? Or mention one of the other two Umno Vice Presidents such as Hishammuddin Tun Hussein or Shafie Apdal?
Well, that is because it is none of the above. Who Mahathir has in mind is someone totally different from those four. And to understand who he has in mind we need to go back to the Umno general assembly of mid-2002 when Mahathir, in tears, announced his resignation as the President of Umno and, therefore, as the Prime Minister of Malaysia as well.
According to Mahathir, in his own words, after he resigned in mid-2002 he spent 15 months talking to Tun Abdullah Ahmad Badawi before he handed power to Abdullah on the 1st of November 2003. Basically, according to Mahathir, there were certain things that Abdullah was supposed to do and certain things he was not supposed to do once he takes over as Prime Minister.
Mahathir mentions some of these things such as the Crooked Bridge, double-tracking railway, and so on, which Abdullah cancelled and which were supposed to have upset Mahathir. But that is not all that upset Mahathir — and just that alone is not enough to get Mahathir into a frenzied attack.
The one thing that really upset Mahathir — and which Abdullah had agreed to do but did not do — is the issue regarding his son, Mukhriz. Mahathir had asked Abdullah to make sure that Mukhriz goes up the Umno ladder and that in less than ten years he would be poised to take over as the next Prime Minister of Malaysia after Abdullah.
So that was Abdullah’s job: to make sure Mukhriz goes up. And on 1st November 2003 Mahathir handed the country to Abdullah. But then Abdullah had (still has) a son-in-law named Khairy Jamaluddin Abu Bakar (who had married his only daughter Nori in 2001). And this will prove later to be a stumbling block to the ‘Mukhriz Project’ that Abdullah and Mahathir had agreed upon.
Abdullah loves Nori to a fault and would walk on burning coals just for her. Nori, in turn, loves Khairy (even her coffee mugs had Khairy’s picture on it). And Khairy loves power (plus loves himself). So, at the behest of Nori, Abdullah appointed Khairy as his Principal Private Secretary. And that position practically made Khairy the de facto Prime Minister of Malaysia.
Even the Special Branch was upset with Khairy. Normally, the Special Branch has their ‘morning prayer’ four-eyes meeting with the Prime Minister. But now it became a six-eyes meeting and the meeting will not start until Khairy walks into the room. (So, if Khairy is late, then the Special Branch Director has to wait).
The Director of the Special Branch was so unhappy about this that he decided to retire and not seek an extension of service when his contract expired. He told his colleagues that he does not want to serve Khairy, the de facto Prime Minister any longer. The straw that broke the camel’s back was when the Director raised the matter of Khairy and Abdullah told him off and asked him to not ‘fitnah’ his son-in-law.
One of Abdullah’s old school friends, a writer, raised this matter with the Prime Minister and mentioned that Khairy is a liability and would eventually result in his (Abdullah’s) downfall. He also told Abdullah that Mahathir was very pissed with Khairy and is planning to make his move to oust the Prime Minister so that Khairy could be brought down.
Abdullah told this school friend of his that Khairy is very clever and has many clever friends all over the world who are his contacts. So people are jealous of Khairy, Abdullah said. But then Khairy is an asset because, Abdullah said, “He helps me run the country and without him and his friends on the ‘Fourth Floor’ I would face a lot of difficulties.”
Ibrahim Ali (now with Perkasa) was in that meeting and he brought this story to the attention of Mahathir. And that was when Abdullah’s fate was sort of sealed. He was now a dead man walking. Abdullah appears to have forgotten that the person he was supposed to ‘bring up’ was Mukhriz and not Khairy, as what was agreed before Mahathir handed him power on 1st November 2003.
Many people warned Abdullah that Khairy was going to be his downfall. Many people warned Abdullah that Mahathir was planning to oust him mainly because of Khairy. Many people warned Abdullah that if he wants to stay safe then he should focus on Mukhriz and not on Khairy. But Abdullah ignored all these warnings and that ended his career as Malaysia’s Prime Minister.
Soon after Khairy started working for Abdullah as the Prime Minister’s Principal Private Secretary he won the Umno Youth Deputy Leader’s post. That post, according to what Abdullah and Mahathir had agreed a year before that, was supposed to have gone to Mukhriz. So, second nail in Abdullah’s coffin. With Khairy instead of Mukhriz becoming Umno Youth’s number two that meant it was going to be more difficult for Mukhriz to go up the Umno ladder.
Then, in 2008, Abdullah gave Khairy a seat to contest in the general election, which he won. So, third nail in Abdullah’s coffin. Now there were no two ways about it. Abdullah needed to go and Najib must take over. The fate and future of Mukhriz depended on it.
Mahathir expected that once Najib takes over he would help neutralise Khairy and would make sure that Mukhriz goes up. But then, not long after Najib took over as Prime Minister in 2009, Khairy won the Umno Youth leadership, defeating Mukhriz and Khir Toyo.
Mahathir blames Najib for this and he said that if the Prime Minister had intervened then Khairy would have lost and Mukhriz would have won. Najib’s ‘bad faith’ was further demonstrated in 2013 when Khairy was allowed to contest the general election, yet again, and then was made a Cabinet Minister.
The final straw was when in that same year Khairy, yet again, won the Umno Youth presidency and Najib did nothing to make sure that he would lose. Mukhriz’s chance of going up was now practically shot and there was no way he was going to become Prime Minister after all.
Mahathir’s legacy is simple. He would hand power to Abdullah in November 2003. Mukhriz would become the Umno Youth Deputy the following year. In 2009 Mukhriz would become the Umno Youth Leader. In 2013 Mukhriz would become one of the Umno Vice Presidents. In 2016 (now postponed to 2018) Mukhriz would become the Umno Deputy President. And by 2020 Mukhriz would become the Umno President and in that same move would become the new Prime Minister of Malaysia.
That is Mahathir’s true legacy, and what his Wawasan 2020 is all about. And that was also why Tun Musa Hitam said that Mahathir’s Wawasan 2020 is going to fail. What Musa meant was that Mukhriz is not going to be the Prime Minister by or before 2020 as what Mahathir had planned.
When Khairy was given a seat to contest in the general election and then made a Cabinet Minister in 2013 — while Mukhriz was given just a Menteri Besar’s post as consolation prize — that was when Mahathir made his move to bring down Najib. And soon after that the 1MDB issue was played up as the catalyst to bring down Najib.
Mahathir’s plan to make Mukhriz the Prime Minister by or before 2020 was now shot. For that to happen Mukhriz first had to become the Umno Deputy Youth Leader in 2004, then Youth Leader in 2009, and then one of the Umno Vice Presidents in 2013, and finally Umno Deputy President in 2016 (now of course shifted to 2018).
Abdullah and Najib, however, did not help make this happen. So first Abdullah had to go and now Najib has to go as well. If Najib could have been ousted last year as planned then Mahathir’s new ‘proxy’ Prime Minister could still make sure that the ‘Mukhriz Project’ happens.
But even that is no longer possible and Najib looks very secure. Instead, those opposed to the Prime Minister are getting ousted, Mukhriz included. So Mahathir has no choice but to resign from Umno, since he failed to achieve what he wanted within Umno, and now use the opposition to pressure Najib.
If Najib feels threatened with Mahathir working with the opposition to try to oust him then be can easily solve this problem. And the solution would be to make sure that Mukhriz becomes the number two in the party as well as the number two in government. That, however, may no longer be possible so Najib will just have to take his chances with Mahathir as the new opposition leader.
As far as Mahathir is concerned his legacy is more or less ripped to shreds. There is very little likelihood he is going to see the day when his son becomes the Prime Minister, or at the very least the number two — at least not with Najib in charge. So he is making a last ditch attempt before he dies to try to make it happen. And he is trying to make it happen by leading the opposition in the bid to try to oust Najib and replace him with his proxy Prime Minister.
Is that going to happen? Well, you will have to wait for part two for that story. So stay tuned.
Sumber Artikel : Malaysia Today



 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Artikel. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress